RENUNGAN JAUH SAUDARA BAKRI MD NOOR a.k.a. TOK BATIN UNTUK MEMBAWA AHLI-AHLI KELAB JOM GUNUNG KE PUNCAK KEJAYAAN

Pengenalan:

Kelab Jom Gunung (KJG) ialah sebuah kelab maya yang bertujuan mengumpulkan seramai mungkin ahli-ahli yang berminat dalam aktiviti mendaki gunung.

Dipimpin oleh En. Bakri Md Noor (dikenali sebagai 'Tok Batin' oleh rakan-rakan) yang sangat luas pengalamannya dalam bidang mendaki gunung.

Adalah diharapkan dengan adanya kelab ini, rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama akan menjadi ahli dan menjemput rakan-rakan mereka juga bergiat sama agar faedah yang telah disediakan boleh dimanfaatkan bersama.

Aktiviti:

Aktiviti Kelab Jom Gunung memberi penumpuan kepada aktiviti-aktiviti pendakian gunung dan aktiviti yang mempunyai hubung kait dengan aktiviti teras ini.

Mendaki Gunung
Dari masa ke semasa ekspedisi pendakian akan dilakukan mengikut kesesuaian lokasi, cuaca atau di atas permintaan ahli. Maklumat akan dipaparkan dalam BERITA KELAB.

Kursus
Beberapa kursus, samada dalam dewan atau di lokasi, akan dianjurkan untuk manfaat ahli. Tujuan kursus-kursus ini dijalankan adalah;
  1. Mendedahkan teknik yang betul untuk sesuatu pendakian,
  2. Penggunaan peralatan yang betul demi keselamatan ahli semasa menjalankan aktiviti pendakian,
  3. Panduan dan tunjuk ajar dari profesional untuk memperbaiki teknik pendakian khususnya di luar negara.

Keahlian:

Keahlian adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti-aktiviti mendaki gunung tanpa ada had umur atau jantina.

Bayaran keahlian adalah RM30.00 sahaja tanpa ada apa-apa yuran bulanan.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan berhubung terus dengan En Bakri Md Noor @ Tok Batin di talian 017 476 5792.

Anda dinasihatkan untuk membayar terus kepada Tok Batin untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya penipuan.

Faedah Ahli:

Faedah utama yang akan dinikmati oleh ahli ialah terkumpulnya rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama di ruangan maya tanpa ada sempadan negeri mahupun negara.

Sudah pasti semua aktiviti yang dirancang memerlukan kewangan samada untuk membeli peralatan mahupun kos perjalanan dan penginapan untuk destinasi di dalam dan luar negara.

Di sinilah letaknya keistimewaan keahlian KJG. Dengan keahlian yang bertambah dari masa ke semasa, kelab akan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli dan semua kemudahan dan faedah akan disiarkan di dalam blog ini.

Mulai 24 Mei 2011, ahli yang mendaftar dengan Kelab Jom Gunung akan menerima top-up prepaid yang bernilai RM10.00.Ini adalah selaras dengan hubungan usahasama dengan Kelab Hot Ticket yang akan memanjangkan faedah-faedah terkini kepada ahli Kelab Jom Gunung.

Sila lihat laman HOT TICKET CLUB untuk maklumat lanjut. Untuk ahli-ahli yang telah berdaftar, sekiranya ingin mendapatkan faedah ini, anda juga perlu membayar RM30.00.
Hubungi Tok Batin untuk maklumat lanjut. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

Ahli dinasihatkan selalu melihat blog ini untuk maklumat dan berita-berita terkini.

Hubungi kami:

Bakri Md Noor @ Tok Batin
Tel: 017 476 5792
Email: jom.gunung@gmail.com