Faedah Ahli:

Faedah utama yang akan dinikmati oleh ahli ialah terkumpulnya rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama di ruangan maya tanpa ada sempadan negeri mahupun negara.

Sudah pasti semua aktiviti yang dirancang memerlukan kewangan samada untuk membeli peralatan mahupun kos perjalanan dan penginapan untuk destinasi di dalam dan luar negara.

Di sinilah letaknya keistimewaan keahlian KJG. Dengan keahlian yang bertambah dari masa ke semasa, kelab akan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli dan semua kemudahan dan faedah akan disiarkan di dalam blog ini.

Mulai 24 Mei 2011, ahli yang mendaftar dengan Kelab Jom Gunung akan menerima top-up prepaid yang bernilai RM10.00.Ini adalah selaras dengan hubungan usahasama dengan Kelab Hot Ticket yang akan memanjangkan faedah-faedah terkini kepada ahli Kelab Jom Gunung.

Sila lihat laman HOT TICKET CLUB untuk maklumat lanjut. Untuk ahli-ahli yang telah berdaftar, sekiranya ingin mendapatkan faedah ini, anda juga perlu membayar RM30.00.
Hubungi Tok Batin untuk maklumat lanjut. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

Ahli dinasihatkan selalu melihat blog ini untuk maklumat dan berita-berita terkini.