Aktiviti:

Aktiviti Kelab Jom Gunung memberi penumpuan kepada aktiviti-aktiviti pendakian gunung dan aktiviti yang mempunyai hubung kait dengan aktiviti teras ini.

Mendaki Gunung
Dari masa ke semasa ekspedisi pendakian akan dilakukan mengikut kesesuaian lokasi, cuaca atau di atas permintaan ahli. Maklumat akan dipaparkan dalam BERITA KELAB.

Kursus
Beberapa kursus, samada dalam dewan atau di lokasi, akan dianjurkan untuk manfaat ahli. Tujuan kursus-kursus ini dijalankan adalah;
  1. Mendedahkan teknik yang betul untuk sesuatu pendakian,
  2. Penggunaan peralatan yang betul demi keselamatan ahli semasa menjalankan aktiviti pendakian,
  3. Panduan dan tunjuk ajar dari profesional untuk memperbaiki teknik pendakian khususnya di luar negara.